counter.bloke.com
|
PEMILIHAN UMNO: MENGAPA G7 DIMINTA
PULANG?
Dahlia
Sayugia seluruh bangsa
Melayu@Malaysia terutama orang UMNO tahu bahawa 11 Mei 2000 adalah Hari Ulangtahun
UMNO yang ke-54. Sempena tarikh berkenaan, UMNO sekali lagi mengadakan perhimpunan
tahunannya di PWTC. Tapi kali ini pastinya perhimpunan ini ditunggu dengan penuh
debaran oleh barisan calon Naib Presiden, MT , Wanita dan Pemuda. Siapa bakal
menang, belum pasti walaupun sudah dapat menduga siapa mendahului siapa.
Duduk
di dalam UMNO, sekalipun jiwa dan perasaan anda membencinya, sedikit sebanyak anda
akan terikut rentak dan budaya UMNO. Inilah yang dapat dilihat sepanjang kempen ini
berjalan. Terdapat beberapa golongan UMNO yang menjadi calon MT yang begitu marah
dengan budaya UMNO yang seolah-olah "memaksa" mereka mengeluarkan
"wang beli undi" semata-mata tidak mahu dianggap menentang arus dalam
UMNO, dek kerana budaya berkenaan sudah tidak mampu dibendung lagi, termasuk dengan
apa carapun yang cuba digunakan oleh si Mamak Tongkang. Namun harus diingat,
sungguhpun mereka bising, mereka marah dan mereka kecewa dengan budaya UMNO, tetapi
mereka masih tidak mampu meninggalkan UMNO. Mengapa?
Percaya atau tidak,
rata-rata orang UMNO sangat marah dengan sistem yang ada, budaya UMNO yang sungguh
korup. Mereka marah dengan sistem yang dikawal ketat oleh Mahathir, seolah-olah UMNO
hak milik Mahathir sorang. Mereka marah apabila Mahathir menjadikan MB sebagai
Pengerusi Badan Perhubugan UMNO Negeri secra automatis, yang dilihat sebagai
menguatkan kedudukan Presiden.
Namun apa yang boleh mereka lakukan?
Banyak
suara mengharapkan ada wakil-wakil yang berucap membahaskan ucapan Presiden nanti
akan berani untuk "menegur" Presiden kali ini. Sungguhpun kita tahu bahawa
Wakil setiap negeri adalah yang dipilih oleh UMNO Perhubungan Negeri, dan yang
biasanya kerap ditonjolkan adalah merupakan pemimpin di peringkat Negeri, samada
wakil-wakil rakyat ataupun pemimpin Bahagian yang bakal diketengahkan yang boleh
mengikut telunjuk bapak MB/KM.
Persoalannya, sejauh manakah wakil-wakil yang
berucap ini mampu untuk "menegur" Presiden, menegur sistem yang bercelaru
dalam UMNO? Kerana setiap skrip ucapan akan diteliti oleh Pengerusi Perhubungan
Negeri (MB) terlebih dahulu sebelum wakil berkenaan dibenarkan berucap pada
perhimpunan nanti, kecuali di Terengganu dan Kelantan.
Berapa keratkah MB-MB
yang berani bertindak melampaui garisan yang di "tentukan" oleh Mahathir
secara "silent instruction"? Kita akan melihat banyak "hiden
agenda" Mahathir akan dimanifestasikan menerusi ucapan-ucapan para perwakilan,
apatah lagi ucapan beliau sendiri.
Seperti yang ditulis oleh Pak Amin Sapiro
dan Marhaintua sebelum ini, nampak sangat Si Mamak Tongkang sudah hilang arah. Dia
mencari-cari apakah lagi modal yang akan digunakan untuk melunakkan telinga para
perwakilan kali ini. Apakah kali ini para perwakilan masih disajikan dengan cerita
dongeng isu orang asing mengganggu gugat kestabilan negara, isu Anwar Ibrahim, isu
serangan mata wang, atau isu agama yang sempit oleh pembangkang?
Apakah kali ini
Mahathir mampu melembutkan perasaan marah para perwakilan terhadap beliau ?
isu tidak ada pertandingan untuk Presiden /Tim Presiden isu campur
tangan dalam pencalonan Rafidah (secara tersembunyi?) isu arahan
tidak dibenarkan berkempen isu kuota pencalonan bagi jawatan Presiden/Naib
Presiden dan Majlis Tertinggi pelbagai isu dan pergolakan dalam UMNO yang
dianggap berpunca dari sistem yang dibuat oleh Mahathir sendiri, yang akhirnya mengundang
kepada rasuah wang dalam pertandingan kali ini.
Kali ini, rata-rata para
perwakilan mendengus sesama sendiri mengenai budaya perhimpunan iaitu ucapan yang
suka mengampu, ucapan yang membodek Presiden, ucapan yang menghentam golongan yang
menegur Presiden, ucapan yang mengkritik golongan yang cuba mengubah budaya UMNO itu
sendiri dengan mengimbau kembali peranan pemimpin UMNO di zaman Tun Razak ataupun
zaman Tuanku Abdul Rahman.
Mereka benar-benar ingin melihat siapakah yang
masih sudi mengampu Mahathir? Apakah Badaruldin Amirudin (Yan, Kedah) masih
diizinkan berucap dengan gaya lama beliau? Adakah Badarudin ini masih suka
berceloteh dan bergurau senda untuk menggeletek hati perwakilan tanpa isi ucapan
yang jitu dan berfakta? Ucapannya akan penuh dengan senda loka, memuji Presiden,
menghina Anwar dan golongan yang cuba menyerang Presiden. Apakah UMNO mampu
meneruskan budaya 'ampuism'nya walaupun sudah cukup tenat?
Dan akhirnya,
untuk menonjolkan diri sebagai pemimpin yang membenteras rasuah dan tidak tunduk
kepada budaya rasuah wang dalam pemilihan kali ini, Mahathir terus mengeluarkan
arahan lagi semalam, iaitu para perwakilan G7 (selain Ketua/Timbalan/Naib
Ketua/Ketua Wanita/Ketua Pemuda Bahagian yang layak secara automatis -digelar G5)
diminta pulang ke tempat masing-masing. Tidak dibenarkan berkempen. Mereka tidak
dibenarkan berada di KL.
Bodoh benar nampaknya Mahathir! Apakah berkempen
hanya tertumpu di KL atau di bandar-bandar tertentu sahaja? Apakah hantu-hantu
Mahathir mampu mengecam para perwakilan daripada setiap Negeri/Bahagian yang kini
berkeliaran bak musang lapar , dan sebahagiannya menjadi agen penjual undi?
Apakah
dengan arahan demikian menunjukkan Mahathir mampu membendung rasuah wang dalam
pemilihan kali ini? Apakah Mahathir tidak tahu bahawa terdapat para calon yang
sanggup memberikan RM5,000 kepada setiap perwakilan di satu Negeri yang dianggap
akan mengundi mereka (solid vote) baru-baru ini?
Mengapa Aziz dan Zein Isma
terlepas? Apakah kedua calon ini tidak terlibat dalam kempen wang? Hahhaa...
betul-betul seperti menutup bangkai yang busuk. Tetapi Mahathir tidak boleh menutup
rakaman peristiwa ini daripada ingatan dan pengalaman para perwakilan!
Seorang
perwakilan (Naib Ketua Bahagian )dari Johor memberitahu, "itulah Mamak tu
(refering to Mahathir), kunun tak boleh kempen wang, kepala hatuk dia, dulu masa dia
bertanding, tangan aku sendiri terima duit 5 ribu dari Mamak tu". Tanpa merujuk
tarikh dia terima duit berkenaan.
Menggeleng Kepala
Kini perwakilan
diminta balik. Tetapi tahukah Mahathir bahawa pada setiap malam, di seluruh negara,
kempen wang terus berjalan? Siapa punya angkara? Jawab seorang teman dari Melaka
(anak buah Ali Rustam), "elleh, boleh cakaplah sebab dia tak bertanding, cuba
dia tak sekat, cuba Ku Li lawan dia! Baru tahu siapa yang guna wang dan kuasa!" Bidalan
ini jadi sebutan di kalangan para perwakilan: " Turun salah. Tak turun
kalah".
Gelak lagi..
Mungkin kali ini,para perwakilan tidak lagi
berkunjung ke coffe-house seperti amalan biasanya.Mereka akan mencari
restoran-restoran atau tempat rehat yang jauh dari pusat bandar. Beginilah mewahnya
hidup pemimpin UMNO. Kalau dah mampu menghulurkan kepada perwakilan jumlah yang
besar, berpakah peruntukan mereka? Itupun belum termasuk dengan belanja pentadbiran
, hotel@penginapan, belanja untuk petugas, dll. Yang pegang jawatan dalam kerajaan
memang untung kerana boleh gunakan jentera Jabatan@Kementerian . Yang tiada jawatan,
terpaksa cari bantuan sana sini Tokey Cina akan jadi tumpuan para calon. Mahu
bukti??? Ehm,, selepas menang?? Pasti taukey Cina ini pula cari mereka!
UMNO,
UMNO .... rosak benar perjuangan dan akhlak kamu!
Dahlia 5 Mei 2000 |